Penganjur

Cycle At Night adalah anjuran GeckoRider Kuala Kangsar dengan kerjasama DUN Bukit Chandan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Wednesday 27 May 2015

Geckorider Kuala Kangsar Cycling Treasure Hunt Challenge



Tarikh Acara 13 JUN 2015

Hari SABTU
Lokasi Laman Budaya Kuala Kangsar
Jarak kayuhan 25km++
Terbuka kepada semua jenis basikal

Acara Secara Berkumpulan 1 Kumpulan (Maksimum 4 peserta, Minimum 3 orang peserta)
Sertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang kayuhan Treasure Hunt ini.


Tentatif Program

7.30 pagi Peserta Berkumpul
7.45 pagi Taklimat kepada wakil Kumpulan
8.15 pagi Doa
8.30 pagi Flag Off
11.30 pagi Peserta Sampai (Jangkaan)
11.45 pagi Makan, Minum, Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
12.30 Bersurai

Terkini (26 Mei 2015)*

Tempat Pertama -Wang Tunai RM150+ Hamper+ Sijil dll
Tempat Kedua    -Wang Tunai RM100+Hamper+Sijil dll
Tempat Ketiga     -Wang Tunai RM50 +Hamper+Sijil dll
Tempat Keempat  -Hamper+Sijil dll
Tempat Kelima     -Hamper+Sijil dll

Cabutan Bertuah

Individu dan Berkumpulan (Lebih Banyak Peluang Memenangi Hadiah!)


Borang Penyertaan

Sila Klik di sini Format PDF
Sila Klik di sini Format Word

Syarat dan Peraturan

Sila klik di sini

Semakan Senarai Peserta
*Maaf Masih Belum Aktif


Sila Hubungi 0174612796 Mokhzaini

0162063128 Ras
0125355724 Aznan
0134684949 Rahmad
0124225248 Wan norco








PERATURAN PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN
‘KUALA KANGSAR CYCLING TREASURE HUNT 2015’

1.0 NAMA 

1.1  Pertandingan ini merupakan pertandingan mencari harta karun menggunakan basikal.
 Ia akan dijalankan di sekitar Bandar Kuala Kangsar, Perak. 


2.0 KELAYAKAN DAN YURAN PENYERTAAN 

2.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta sihat tubuh badan. Peserta berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga terlebih dahulu.

2.2 Jumlah peserta bagi setiap pasukan adalah empat (4) orang dan Setiap pasukan bebas mempunyai komposisi campuran jantina antara lelaki dan perempuan (Samada 4 orang lelaki sepasukan atau 4 orang perempuan sepasukan atau campuran laki dan perempuan).

2.3 Yuran penyertaan ialah RM40.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Ringgit Sahaja) bagi setiap pasukan yang mendaftar awal sebelum 27 Mei 2015.Pendaftaran selepas dari tarikh akan dikenakan RM50. Pendaftaran pasukan ditutup pada 6hb Jun 2015 dan terhad kepada 40 pasukan terawal sahaja.  

2.4 Setiap peserta dikehendaki membawa basikal dan kelengkapan sendiri dan memakai helmet keselamatan sepanjang pertandingan berlangsung. 


3.0 PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT 

3.1 Setiap pasukan hendaklah mengisi borang pendaftaran dan menandatangani pengakuan penyertaan. Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar bersama-sama yuran penyertaan kepada pihak penganjur sebelum jam 12.00 tengah hari pada   6 Jun 2015 (Sabtu).

2.5 Setiap peserta perlu memastikan bahawa basikal yang akan ditunggang berfungsi dengan baik dan selamat. Jawatankuasa penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa dan selepas pertandingan. Terbuka kepada semua jenis basikal.Dicadangkan supaya setiap peserta menggunakan basikal bukit (mountain bike). 

3.2 Sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan perlu hadir pada sesi Pengesahan penyertaan dan taklimat yang dijadualkan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh  :   13 Jun 2015 (Sabtu) 
Masa  :   7.30 Pagi 
Tempat :   Tempat Permulaan


3.4 Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan (Laman Budaya Kuala Kangsar) selewat-lewatnya pada jam 7.45 pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 8.30 pagi, 13 Jun 2015 (Sabtu).

3.3 Pasukan yang tidak hadir di sesi taklimat tersebut boleh dibatalkan penyertaannya dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

4.0 FORMAT ACARA 

4.1 Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan undang-undang trafik semasa di jalan raya dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada setiap masa sepanjang pertandingan ini berlangsung; 

4.2 Arah tuju lokasi “Treasure Hunt” adalah berpandukan “clue” (soalan) yang akan diberi di permulaan acara dan tempat-tempat yang ditetapkan pihak penganjur; 

4.3 Setiap ahli dalam pasukan akan diberikan ”Treasure Hunt Check Point Card” dan setiap lokasi/check point yang ditemui berdasarkan ”clue” yang diberikan perlu dapatkan bukti penemuan daripada pegawai bertugas di setiap check point.

4.4 ”Treasure Hunt Check Point Card” yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pegawai petugas di check point terakhir di Laman Budaya Kuala Kangsar. 

4.5 Setiap ahli dalam pasukan perlu melengkapkan ”Treasure Hunt Check Point Card” yang diberikan.


5.0 SISTEM PEMBERIAN MARKAH DAN PENENTUAN PEMENANG 

5.1 Penentuan pemenang akan dibuat oleh jawatankuasa penganjur berdasarkan ciri penilaian dari segi:

b) Kecepatan masa;

c) Kerjasama pasukan; dan lain-lain

5.2 Keputusan pertandingan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 
a) Setiap jawapan yang tepat dan lengkap (”Treasure Hunt Check Point Card”);


6.0 HAL-HAL LAIN 

6.1 Penganjur berhak membatalkan acara ini pada bila-bila masa jika perlu dan yuran penyertaan akan dikembalikan. 

6.2 Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan yang menyertai pertandingan ini menarik diri.  


6.3 Penganjur berhak : 

6.3.1 Menolak sebarang penyertaan samada semasa atau selepas menerima permohonan;

6.3.2 Melarang atau membatalkan mana-mana ahli pasukan menyertai mana-mana pasukan; 

 6.3.3 Tidak melayakkan mana-mana pasukan yang didapati bersalah iaitu: 

 6.3.3.1 Melanggar peraturan acara, undang-undang jalanraya dan trafik; 

 6.3.3.2 Berpakat untuk menipu dalam apa cara;

6.3.3.3 Memberi maklumat tidak tepat/palsu; 

6.3.3.4 Gagal menyempurnakan acara dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

6.3.4 Peraturan-peraturan ini boleh ditambah atau dipinda mengikut budi bicara Jawatankuasa Penganjur. Peraturan atau syarat tambahan atau pindaan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur semasa taklimat sebelum perlepasan. Interpretasi serta keputusan mengenai acara adalah hak penganjur dan peserta adalah tertakluk kepada keputusan tersebut; 

6.3.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko seperti kemalangan, saman trafik, kerugian dan sebagainya kepada mana-mana peserta sebelum,semasa atau selepas pertandingan ini atau disebabkan pertandingan ini; 

6.3.6 Pihak penganjur tidak menyediakan insuran kemalangan kepada peserta. Namun pihak penganjur ada menyediakan marsyal, first aid kit, ambulans dan kemudahan sweeper demi menjaga keselamatan para peserta


7.0 PENGANJUR 

7.1 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 

Urus Setia 
‘KUALA KANGSAR CYCLING TREASURE HUNT 2015’

MOKHZAINI 017-4612796
RAS 016-2063128
RAHMAD 013-4684949
AZWAN 012-4225248

7.2 Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh dimuat turun di laman web



No comments:

Post a Comment