Penganjur

Cycle At Night adalah anjuran GeckoRider Kuala Kangsar dengan kerjasama DUN Bukit Chandan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Tuesday, 15 April 2014

Panduan Keselamatan Semasa Kayuhan Malam


Kayuhan Malam

1. Terang Benderang
Penggunaan lampu diwajibkan bagi penunggang basikal pada waktu malam.
Sebaik-baiknya lampu dihadapan, belakang dan pemakaian vest reflektif.
Lagi banyak lebih bagus!.

2. Fokus
Mendengar muzik semasa mengayuh adalah dilarang sama sekali terutamanya pada waktu malam boleh membuatkan fokus dan persepsi kita terganggu. 

3. Keselamatan! Keselamatan! Keselamatan!
Memakai helmet, berkasut, memeriksa basikal sebelum memulakan kayuhan, memastikan peralatan kecemasan tersedia. 

4. Patuhi Undang-undang
Mematuhi undang-undang jalan raya sedia ada serta ambil perhatian serta melihat kenderaan lain yang berkongsi jalanraya.

5. Label!
Label atau tagkan pada basikal, helmet dan pada tempat-tempat strategik berkenaan maklumat anda seperti nama, no kp, no telefon waris dan sebagainya. Ini bertujuan bagi kegunaan kecemasan.

No comments:

Post a Comment