Penganjur

Cycle At Night adalah anjuran GeckoRider Kuala Kangsar dengan kerjasama DUN Bukit Chandan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Monday, 13 October 2014

Soalan Yang Selalu Ditanya Tentang Cycle At Night

1. Berapa kali acara ini telah dijalankan dan dianjurkan oleh siapa?

Acara Cycle At Night ini telah berlangsung untuk kali ke-4. Namun acara kecil lain seperti funride dijalankan secara bulanan. Acara ini dianjurkan oleh Geckorider Kuala Kangsar dengan kerjasama DUN Bukit Chandan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Geckorider pernah menjadi jawatankuasa Teknikal dan Laluan bagi Harian Metro 2014 yang berlangsung baru-baru ini. 


2.Laluan Cycle At Night meliputi kawasan mana?

Acara ini secara keseluruhannya meliputi kawasan Kuala Kangsar. Setiap acara yang berlangsung sebelum ini menggunakan trek/laluan yang berbeza.


3. Kenapa Cycle At Night kali ini ada offroad?

Konsep Cycle At Night kali ini  masih lagi funride namun kami ingin memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman baharu berkayuh malam di laluan kampung, bendang dan offroad ringan.


4. Kenapa 50/50?

Konsep 50/50 memberi pilihan kepada para peserta samada ingin merasai pengalaman berkayuh secara onroad sepenuhnya ataupun berkayuh dengan merasai kedua-dua laluan onroad dan offroad.Bagi kami konsep 50/50 tidak semestinya laluan secara tepat seimbang 50% offroad 50% onroad, yang penting merasai pengalaman berkayuh bagi kedua-dua jenis kategori.


5.Apa itu Racezone/Speedzone? 

RACE! Secara keseluruhan, peserta akan mengayuh meliputi 30km. Semasa kayuhan, peserta kayuhan juga berpeluang memenangi hadiah.Marsyal akan mengumumkan zon pantas/zon lumba.  Peserta akan dikumpulkan mengikut kategori , rolling start dan race bermula!. Peserta dihentikan oleh marsyal di penamat zon.Jarak dalam 7-8km bagi racezone. Pemenang no.1 hingga 5.


6.Apa yang peserta perlukan semasa mengayuh malam?

Kami mengamalkan konsep No Plate, No Light, No Helmet, NO RIDE.
Paling penting ialah lampu yang banyak.


7. Bagaimana ingin menghubungi pihak penganjur?
Anda boleh menelefon/sms/whatsapp

017-4612 796 zaini
016-2063 128 ras

Blog http://kayuhanmalam.blogspot.com

Facebook  Cycle At Night Kuala Kangsar



No comments:

Post a Comment